Followers

Tuesday, May 15, 2012

Rukun Sembahyang /Rukun Solat ;)

Rukun Sembahyang / Rukun Solat ada 13
Solat merupakan rukun Islam yang pertama dan wajib dilaksanakan. 

Solat yang Wajib kita tunaikan,
-Zuhur 
-Asar, 
-Maghrib
-Isya 
-Subuh.
Banyak solat -solat sunat yang perlu diamalkan kita sebagai umat Islam.

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
Subhana robbiyal adzimi wabihamdi
"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
Sami Allahuliman hamidah
"Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya."

Kemudian disambung pula dengan bacaan:
robbana walakal hamd'
"Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
Subhana robbiyal a'la wabihamdi
"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
Rabbirgh firli warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa'aafini wa'fu'anni
"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."

 9.  DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad."

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
"Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Lagi-lagi boleh dibaca disini -
1). Rukun Solat dan Huraian Rukun Solat
2). Rukun Solat
3). Sains dan Solat


Syukur Alhamdulillah

P/S : Malasnya nak update DAILY PROJECT LOG - week 13~...

No comments:

Post a Comment