Semua orang tahu nyamuk adalah sejenis serangga yang boleh membawa penyakit dan maut. Hanya dengan sekali gigitan mungkin anda akan diserang Demam Denggi. ( Minta dijauhkan, ngerii..)
Mungkin anda tidak tahu semua jenis alat pembunuh @ penghalau nyamuk mengandungi bahan kimia merbahaya.. sedangkan nyamuk boleh mati, ini kan pula anda yang setiap hari menghidu ubat nyamuk atau penyembur nyamuk. ( kan2? saya sokong.. anda bagaimana? :) )
Disini ada beberapa tip mudah dan murah untuk memerangkap serta membunuh nyamuk dirumah:
( kalau rajin, pakat2 cuba try test testing la ork.. )
Peralatan yang diperlukan :
- 200 ml air- 50 gram gula merah < Available kt kedai
- 1 gram ragi (beli di kedai ubat, kedai runcit dan pasar) < Available kalau rajin p beli
- botol plastik 1.5 liter < Available kt rumah pasti ada
- Saya tambah lg > Pisau / gunting + kertas hitam/ kain hitam (sebab nak potong & balut botol itu kan.. ) + lagi, nyamuk.. wee~ mengarut jah :)
Langkah-langkah pembuatan
1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas / mulut botol.

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh di bahagian potongan bawah botol.

3. Tambahkan ragi. Awas!! Jangan digaul.Ini kerana ia akan menghasilkan karbon-dioksida.

4. Pasang / masukkan potongan botol bahagian atas dengan kedudukan terbalik seperti corong.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa bahagian sudut rumah Anda.

Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.

Selain membersihkan habitat mereka dan tempat berkembang biaknya nyamuk, kita dapat menggunakan kaedah ini di sekolah-sekolah, klinik / hospital dan rumah persendirian. ( kat hostel pun..kn2, kalau rajin)
SELAMAT MENCUBA + JOM CUBA..
**sumber
No comments:
Post a Comment